MAJLIS GURU BESAR BUKIT CHINA MELAKA

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Syukur kita kepada Allah s.w.t. dan terima kasih kepada MGB Kawasan Bukit China kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk memberi kata aluan di laman blog MGB Kawasan Bukit China, Melaka.

Saya mengucapkan tahniah kepada Majlis Guru Besar Kawasan Bukit China kerana telah Berjaya menyediakan laman blog ini untuk kemudahan ahli dan masyarakat.  Laman blog ini dapat memberi kemudahan kepada ahli berinteraksi dan mendapatkan maklumat dengan cepat tentang MGB Kawasan Bukit China, Melaka.

Dengan adanya laman blog ini ia dapat membantu ahli dan masyarakat mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti MGB Kawasan Bukit China  dan berkongsi idea  demi meningkatkan lagi pengurusan sekolah masing-masing agar lebih berkesan lagi.

Saya berharap agar laman blog ini  akan membantu ahli dan masyarakat mendapatkan maklumat dan bertindak dengan lebih berkesan walau di mana anda berada.

Sekian, terima kasih. 

Tn. Hj. Yaacob bin Othman

Pengerusi

MGB Kawasan Bukit China,

d/a SK Peringgit Melaka




 
© 2010 kreativiti Fasilitator Schoolnet aina